UJIAN PSIKOMETRIK PERKHIDMATAN AWAM

Dipanggil untuk UJIAN PSIKOMETRIK?



PENTING! ! !




Dalam ujian psikometrik, tiada jawapan betul atau salah..

Kerana...ianya ujian psikometrik adalah bertujuan untuk menguji cara berfikir, kemahiran, pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan disiplin calon.

Bagaimana untuk kekal konsisten menjawab secara positif??

Sebab itu kami sediakan rujukan, nota dan contoh soalan ujian psikometrik untuk anda berlatih sebelum exam nanti.

Soalan : Saya akan membatalkan sebahagian temujanji luar pada esok hari sekiranya ramalan cuaca mengatakan esok bakal berlakunya hujan lebat dan banjir yang buruk.


A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju.


Jika anda jumpa soalan seperti ini, apa agaknya jawapan anda?

Jom kita buat analisa sedikit.


Yang pertama sekali, jelas menunjukkan soalan ini menyatakan 'ramalan'.

Percaya kepada ramalan merupakan sikap negatif.

Tapi, ramalan kaji cuaca kan selalunya tepat. Ramalan tu bukannya macam ramalan bomoh tu.

Lagipun segala data yang mereka dapat tu melalui kajian secara saintifik kan.

Ya memang betul. Tapi dalam soalan tu tak dinyatakan pun ramalan cuaca ini datangnya dari mana. Nampak tak kat situ?

Jika anda setuju dengan penyataan soalan ini, anda sebenarnya sudah pun jatuh ke dalam perangkap psikologi.

Dalam tak sedar, soalan ini dah berjaya mengorek macam mana diri anda sebenarnya.

Mudah percaya kepada khabar angin tanpa membuat apa-apa selidik sedikit pun.


Jika calon bersikap seperti ini diambil kerja, habislah jabatan atau syarikat kerana terpaksa menanggung risiko daripada keputusan pekerja yang suka percaya khabar angin.

Saya harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya ini.

Nak rujukan dan lebih banyak contoh beserta jawapan? Dapatkan rujukan UJIAN PSIKOMETRIK sekarang.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan