Rujukan Temuduga Perkhidmatan Awam

Tahniah diucapkan kepada calon yang sudah mendapat panggilan temuduga.

Bagaimana persediaan anda?

7 Soalan Lazim Temuduga SPA


Antara soalan lazim dalam temuduga SPA adalah merangkumi bidang bidang berikut:

  1. Pengenalan diri
  2. Kelayakan dan Pengalaman
  3. Info jawatan
  4. Temuduga dalam Bahasa Inggeris
  5. Info Jabatan atau Kementerian
  6. Hal hal berkaitan Kenegaraan
  7. Isu Semasa




SOALAN ASAS TEMUDUGA


  • Ceritakan diri anda
  • Apakah kelebihan diri anda?
  • Apakah kekurangan diri anda?
  • Mengapa anda inginkan jawatan ini?
  • Apakah yang ingin anda capai dalam karier anda dalam 5 tahun akan datang?
  • Mengapakah anda rasa kami patut mengambil anda bekerja?
  • Apakah perkara yang anda gemar terhadap kerjaya anda sebelum ini?
  • Mengapakah anda berasa tidak puas hati dengan pekerjaan anda sebelum ini?
  • Apakah kelebihan yang ada pada diri anda dan tidak ada pada orang lain?
  • Apakah tugas serta tanggungjawab anda dalam pekerjaan anda sebelum ini?
  • Mengapakah anda meninggalkan kerja lama?
  • Adakah anda bersedia sekiranya dipindahkan tempat kerja?
  • Ada apa² soalan lagi?

Kini anda dah mengetahui soalan² popular yang biasanya ditanya oleh penemuduga. Jadi buatlah persediaan awal. Semoga info ini memberi manfaat buat andayang bakal menghadiri temuduga.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan